Dianggarkan seramai 140 orang telah dipastikan terbunuh dalam beberapa siri serangan di Perancis yang mana berlaku pada awal pagi ini (waktu tempatan). Empat orang yang disyaki penyerang adalah antara mereka yang maut. Tiga darinya telah ditemui di dalam dewan konsert Bataclan manakala seorang lagi pula dijumpai mati berdekatan Stadium Stade de France dan dipercayai sedang melancarkan serangan berani mati berdekatan stadium itu.

Stadium yang dipenuhi penonton itu telah menjadi gempar apabila bunyi letupan yang sangat kuat kedengaran melalui luar stadium. Manakala bunyi letupan itu dapat dirakam oleh video perlawanan bola yang sedang berlangsung .

Menurut salah seorang mangsa yang berada ditempat kejadian, Frederic Nowak menceritakan saat cemas apabila terlihat dua lelaki bersenjata lalu melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai.
"Ia 30 minit selepas konsert bermula apabila saya melihat dua orang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai menggunakan mesin-gun. Saya pada mulanya menyorok di belakang speaker. Lelaki-lelaki terbabit melepaskan tembakan rambang termasuklah mereka yang sedang meniarap di atas tanah. Kemudian saya mengikut beberapa orang yang melarikan diri melalui satu pintu di bahagian kanan pentas."
, kata Nowak dan sambil memberitahu lagi dia dan 40 orang yang lain telah berjaya keluar dari tempat kejadian melalui bumbung atap.
"Ianya satu pertumpahan darah. Orang ramai menjerit. Ia berlaku selama 10 minit. 10 minit yang ngeri dimana semua orang yang meniarap di atas lantai sambil memegang kepala mereka. Mereka tidak menjerit apa-apa. Mereka (pengganas) menembak orang ramai di atas lantai"
, cerita seorang wartawan radio, Julien Pearce.

Dan sementara itu, Francois Hollande (Presiden Perancis) mengisytiharkan darurat dan beberapa pintu keluar masuk ke Prancis ditutup. - www.aam.my

LIHAT RAKAMAN VIDEO PENUH DI SINI
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.