Seorang lelaki yang juga sebagai peniaga gerai makanan terpaksa meringkuk di dalam lokap apabila direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pukul isterinya di rumah mereka di Jalan Segamat-Labis, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang, wanita yang berusia 47 tahun itu telah cedera di muka, belakang badan serta kepala akibat dibelasah dipercayi menggunakan pemegang penyapu lidi oleh suaminya yang berumur 48 tahun yang berang kerana mangsa telah lambat mengambil anaknya pulang dari sekolah memetik dari sumber Harian Metro Online.
[ads-post]
Superintenden Mohd Kamil Sukarmi (Ketua Polis Daerah Segamat) memberitahu, suspek telah bertindak memukul isterinya selepas berlaku pertengkaran disebabkan kelewatan wanita itu pulang selepas menjemput anak perempuan tunggal mereka di sekolah.
Katanya lagi, mangsa sepatutnya membantu menguruskan gerai makan yang diusahakan pasangan berkenaan untuk memulakan operasi pada jam 5 petang, tetapi tidak muncul kerana berada di sekolah anaknya.

"Selepas beberapa jam menunggu di gerai yang mula didatangi pelanggan, suspek mula naik angin dan meninggalkan premis perniagaannya serta pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari situ."
Post a Comment