Inilah Kisah Yang Amat Menyedihkan Tentang YM Tengku Puteri Zainah Iskandar, Isteri Pertama PM, Dato' Seri Najib Razak.

Siapakah Puteri Zainah ini?
Dia adalah isteri pertama yang berada di sisi PM Najib.Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.

 Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu.


Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.

Tun Rahah Mohammad Noah dan keluarga  (dari kiri) Datuk Nazim Razak, Datuk Johari Razak, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nizam Razak dan Datuk Seri Nazir Razak.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa bekas suami Datin Hajah Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM1. Manakala anak perempuan Datin Hajah Rosmah Mansor bersama Farid Ismeth pulak ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Datuk Dr Fazley.
Dato Seri Hj Najib Razak dan Datin Hajah Rosmah Mansor.

Namun sejauh mana kesahihannya mereka yang terdekat dan empunya badan sendiri yang mengetahui.

Apakah cerita ini benar atau rekaan semata-mata? Mungkin mereka yang terdekat dan lebih mengetahui ada jawapannya.

Kenapa Puteri Zainah ini dituduh tidak siuman?
Tahukah anda Tengku Puteri Zainah yang asalnya daripada kerabat diraja Kelantan ini dituduh tidak siuman dan uzur sehingga tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri?

Sampainya hati sanggup menuduh perkara yang langsung tidak benar malah dinafikan oleh Tengku Puteri Zainah sendiri. Menurut beliau fitnah itu sekadar direka-reka dan disebarkan agar imejnya sebagai kerabat Diraja Kelantan tercemar. Tidak mahu mengalah, Tengku Puteri Zainah tetap tabah dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya yang terbina hampir 10 tahun.

Bilakah peristiwa itu berlaku?
Saban hari fitnah-fitnah untuk menghancurkan hidupnya terpaksa ditempuhi sehinggalah tiba bulan April 1987 di mana Allah telah mengaturkan sesuatu yang mungkin lebih baik. Pasangan Dato' Seri Najib dan YM Tengku Puteri Zainah akhirnya tiba di penghujungnya iaitu 28 tahun yang lalu.

Apakah Terjadi Selepas Itu? 
Apa yang menyedihkan, Tengku Puteri Zainah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan talak satu beserta beberapa alasan yang tidak masuk akal. Hati mana yang tidak sedih dan luluh apabila seluruh jiwa raganya cuba untuk menyelamatkan rumah tangga dan berkhidmat setia untuk suami akhirnya dikhianati sebegini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kesedihannya diceraikan dengan dikurniakan 3 orang anak, Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin.

Dimanakah Silapnya?
Menurut Tengku Puteri Zainah sebelum perceraian, tiada satu pun persengketaan berlaku antara dirinya dan juga suami sehinggalah Dato' Seri Najib dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, selama lebih 6 bulan Dato' Seri tidak pulang ke rumah malah hanya melawat Tengku Puteri Zainah pada waktu-waktu tertentu sahaja di rumah milik kerajaan.

Dato' Seri lebih memilih untuk tinggal di hotel berbanding bersama anak-anak dan isteri. Tengku Puteri Zainah memperjuangkan hak dirinya dan juga anak-anak di Mahkamah Tinggi Syariah dan berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara. Untuk pengetahuan semua yang ungkin tidak tahu, sumber menceritakan pada malam menjelangnya Hari Raya Dato' Seri Najib dan Rosmah terbang ke Eropah bagi menikmati bulan madu mereka bersama.


Di saat itulah buat pertama kalinya 3 orang anak-anak Dato' Seri Najib dan Tengku Puteri Zainah beraya tanpa ayah dan suami. Walaupun wajah mereka terpancar seolah-olah gembira di potret Hari Raya Puasa 1987 namun hakikat sebenar hanya mereka dan Maha Pencipta yang mengetahui.

Bagaimanakah Kebenarannya Cerita Ini?
Jika benar kisah ini berlaku dalam kehidupan mereka, siapa yang patut dipersalah dan siapa yang berada di pihak kebenaran. Allah Maha Besar, suatu hari kelak kita semua akan kembali kepadaNya. Pengajaran buat semua agar jangan sentiasa memandang ke atas sebaliknya tunduk juga ke bawah bagi melihat sendiri mereka yang serba kekurangan dan lemah untuk dibantu.

[warning title="Sumber" icon="exclamation-triangle"] Catatan semula adalah dari beberapa sumber blog melalui hasil carian google [/warning]
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.