Seperti yang anda tahu ketam adalah haiwan dua alam. Ramai yang mempersoalkan antara jenis-jenis ketam apakah perbezaan fizikal yang lain. Contohnya jenis ketam itu bernafas melalui insang dan ada yang jenis tidak ada kaki yang nipis dan ketam yang biasa kita makan ada kaki nipis.

PENJELASAN:
Terdapat perbezaan antara spesis ketam; ada ketam yang dihidup dalam air dan hanya berada di daratan seketika (satu alam) dan ada ketam yang hidup dua alam. Ketam nipah adalah spesis ketam hidup satu alam dan ia halal dimakan. Manakala ketam batu adalah spesis ketam dua alam dan ia haram dimakan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-26 pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan isu Hukum Menternak Binatang Dua Alam dan telah bersetuju memutuskan bahawa perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dua alam.

Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu, dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.”
Wallahua'lam

Ok, selepas www.aam.my kongsikan tentang definasi ketam ini, jom kita lihat ada segelintir pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa memperdulikan kesan dan akibatnya kepada orang lain.

Berhati-hati ketika anda membeli ketam sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam kerana di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meningkatkan berat ketam.

Disamping itu juga, kandungan yang diisikan tidak diketahui dan mungkin akan mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit. Ini boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas.


Memang bermacam cara orang nak menipu sekarang ni. Kami di www.aam.my pun bila lihat laporan yang disebarkan dari beberapa laman-laman artikel yang lainnya pun terkejut. Harap anda dapat panjangkan isu ini untuk mendapatkan kebenaran dan kesahihan agar kita tidak ragu-ragu makan ketam lagi ... :)



Jom tengok gambar-gambar di bawah ini untuk anda nilai sendiri :

Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit
Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit
Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit
Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit
Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit
Jika Anda Pernah Ketam Yang Ada Lubang Seperti Ini, Anda Terdedah Dengan Pelbagai Penyakit

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.