Tapah: Pasukan penyiasat termasuk Unit Forensik sekali lagi datang ke lokasi kejadian kes pembunuhan sekurang-kurangnya empat mangsa di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini petang ini.
Kelihatan turut dibawa ke lokasi kejadian adalah remaja perempuan dipercayai seorang daripada anak suspek yang terus dibawa ke kawasan berhampiran sungai di bengkel berkenaan kira-kira 5.30 petang.
Tinjauan mendapati siasatan dan pemeriksaan polis tertumpu di kawasan stor di belakang rumah didiami suspek di kawasan bengkel berkenaan dan sungai berhampiran, dipercayai bagi mengesan bukti-bukti lain membabitkan pembunuhan empat mangsa.
Kehadiran pasukan penyiasat itu juga menyebabkan orang ramai memenuhi laluan masuk ke bengkel berkenaan untuk menyaksikan sendiri lokasi kes yang menggemparkan penduduk setempat.
olis percaya pembunuhan kejam empat individu di bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang dekat sini membabitkan pemilik bengkel dan anak lelakinya serta kemungkinan ahli keluarga suspek sahaja dan tiada pihak luar lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati tiada maklumat yang boleh mengaitkan pembabitan pihak luar dalam kes itu.
Kok Liang berkata, siasatan berhubung perkara itu giat dilakukan sebelum kes itu dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk nasihat dan arahan lanjut sebaik sahaja siasatan mengenainya lengkap dijalankan.
Sumber: Harian Metro Online
[youtube src="dglYRjMBdCI" /]

credit gambar: harianmetro online |

"Setakat ini kita percayai hanya empat mangsa yang terbabit dan jika ada keterangan membabitkan mangsa lain dalam kes ini, kita akan jalankan siasatan segera.
"Kita juga tidak menahan anak perempuan lelaki itu kerana tiada keterangan yang mengaitkannya dengan pembunuhan itu,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Post a Comment