Monday Couple sudah terlalu sinonim dengan Running Man yang memberikan gandingan manis kang Gary dan Song Ji Hyo. Baru-baru ini, Gary memberi penjelasan tentang pasangannya itu dalam sebuah wawancara dengan media di Tiongkok.


Gary hanya memberikan jawapan 'play safe' ketika ditanya tentang hubungan sebenarnya dengan Song Ji Hyo. Gary akui tidak mempunyai masalah dengan bermacam-macam pandangan peminat terhadap kemesraan Monday Couple di Running Man. Menurut Gary lagi, memang ada beberapa babak dalam Running Man yang sengaja dibuat-buat.

"Dia kawan yang baik. Ada orang berfikir kami hanya berkawan atas urusan kerja. Tapi ada orang mengatakan kami berpura-pura jadi couple untuk wang. saya faham semua itu tapi pada masa yang sama, ada juga yang menyukai kami kerana kami nampak manis."

"Kami sudah bersama di Running Man selama 6 tahun jadi tidak kekok untuk saling menggoda. Ada yang dibuat-buat(lakonan) oleh kami semua tapi tidak semuanya palsu. Lee Kwang Soo tidak berpura-pura bodoh demi wang. Dia bersikap (bodoh) begitu agar kehadirannya jadi lebih menarik dan lucu bagi penonton,"
kata Gary.

Gary juga mengungkapkan terima kasih kepada Running Man yang telah menaikkan namanya dalam industri hiburan bukan hanya dalam muzik Hip Hop tetapi juga komedi.
"Rancangan ini(Running Man) adalah kesempatan yang tidak diduga dalam hidup saya. Saya sangat beruntung terlibat di dalamnya dan bertemu dengan ramai orang,"
tambahnya. - www.aam.my
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.