Bienda tuntut permohonan maaf dari M Nasir? Tiada permohonan maaf atau komen yang diberikan oleh Datuk M.Nasir, 58, tentang permintaan Bienda yang mahu beliau memohon maaf secara terbuka atas tindakannya yang telah memberi komen terhadap Sheeda sewaktu konsert mingguan keempat program Gegar Vaganza Ahad lalu.

"Tak ada apa yang saya nak komen. Cukup ya. Terima kasih," jawabnya ringkas memetik sumber dari Utusan Malaysia.

M. Nasir lebih senang mengambil sikap berdiam diri kepada semua jenis pertanyaan yang diajukan oleh pihak media tentang isu berkenaan.

M.Nasir telah diundang sebagai juri pada program Gegar Vaganza pada 8 November lalu mendapat perhatian penyanyi Bienda selepas dia memberi komen sebaik sahaja Sheeda selesai mendendangkan lagu 'Tiada Lagi' bersama Aweera.

Antara komennya beliau ialah:
"Putera mencari 'princess' tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak 'princess' dan satu persembahan yang baik."

Bienda menganggapkan komen penyanyi itu sebagai kurang ajar sebab tiada rasa hormat terhadap ibunya yang berusaha menyertai pertandingan tersebut dan ingin menuntut M.Nasir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sheeda.


Sheeda yang tersingkir pada minggu itu juga turut memuat naik statusnya di laman sosial, ini adalah antara luahan isi hatinya:
"Atas semangat untuk memeriahkan lagi industri muzik tanah air.

Seringkali komen faktor usia menjadi bahan ejekan dan ketawa terbahak-bahak…berjuta-juta rakyat Malaysia menonton melihat maruah saya diperlekeh sebegitu rupa….saya bertanding atas dasar vokal atau umur?."

M.Nasir Kurang Ajar Dan Tiada Rasa Hormat Terhadap Sheeda Di Gegar Vaganza?

Bienda Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.