Akibat Hina Islam Akhirnya Laman Peminat Facebook Alvin Tan Disekat
Halaman peminat facebook Alvin Tan telah disekat akibat beliau memuat-naik gambar yang menerima kritikan rata-ratanya yang beragama islam (muslim). Tindakan Alvin Tan itu mendapat kecaman dari pelbagai pihak bahkan telah banyak laporan polis yang telah dilakukan. Alvin Tan juga menerima berbagai ancaman menerusi laman Facebook dan laman sosial yang lainnya, tetapi beliau tampak begitu gah dan terus lantang menaikkan api kemarahan umat islam.

Hari ini laman untuk peminat Alvin Tan, iaitu Alvin Yolo dipadam oleh pihak Facebook. Pengumuman ini disahkan oleh beliau sendiri melalui laman peribadinya beberapa jam yang lalu. Tiada alasan diberikan namun pastinya adalah hasil dari kempen melaporkan laman ini kepada Facebook kerana penghinaan agama yang melampau. Sungguhpun begitu laman peribadi Alvin Tan masih lagi beroperasi buat masa ini. [ads-post]Facebook sendiri sebelum ini telah menyentuh mengenai konsep kebebasan suara, sejak daripada kes jutaan pengguna Muslim menggesa Facebook memadamkan laman yang dikatakan menghina Rasulullah. Namun, sejak kebelakangan ini Facebook tampak lebih akur kepada suara ramai pengguna yang inginkan beberapa laman yang tidak menjaga sensitiviti pengguna lain dipadam. Beberapa akaun pengguna yang menyokong ISIS serta laman anti-Islam melampau telah turut dipadam oleh laman sosial gergasi berkenaan akhir-akhir ini.Disamping itu juga, Facebook kini telah mengawal bentuk video yang dipaparkan - dimana jika ia berbentuk ganas atau mempunyai kadar sensitiviti yang tinggi, maka ia tidak dimainkan secara automatik oleh laman sosial mereka. Langkah-langkah yang dilakukan oleh Facebook ini semestinya digemari ramai pengguna seluruh dunia yang menggunakannya dalam mengikuti pelbagai kemaskini semasa rakan-rakan mereka.


Akibat Hina Islam Akhirnya Laman Peminat Facebook Alvin Tan Disekat

My VERIFIED BADGE Facebook Page has been permanently banned.Good work you pedophile-worshipping assholes.
Posted by Alvin Tan on Friday, November 13, 2015
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.