PORT DICKSON - Dua lelaki yang dipercayai suspek kes tetak seorang wanita berjaya ditahan polis 30 minit selepas kejadian itu berlaku.
Bertindak di atas maklumat ahli keluarga, suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan pada jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20'an di hadapan kediamannya di Taman PD Utama, 6.30 petang.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa baru sahaja pulang dari tempat kerjanya dan tiba-tiba diserang oleh tiga lelaki termasuk suaminya ketika hendak membuka pagar pintu rumahnya.
Suspek dipercayai telah mengekori mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerang mangsa sebaik saja keluar dari kereta.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis terus bertindak memburu suspek sebaik saja menerima maklumat.
"Kereta yang digunakan oleh suspek, Perodua Myvi berjaya dikesan di kawasan Lukut dan terus diekori. Menyedari mereka diekori, suspek terus memecut laju masuk ke Plaza Tol Mambau. Namun terlanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran sebelum berjaya ditahan.
Hasil pemeriksaan mendapati, dua bila parang yang dipercayai senjata yang digunakan untuk menetak mangsa ditemui.
Salah seorang suspek juga adalah suami kepada mangsa. Kedua-dua suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan anggota badan. Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.
Kejamnya...
Posted by Aam Dot My on Monday, 5 October 2015
[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Post a Comment