Port Dickson: Seorang lelaki, Helmizi Imran, 33, maut ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditikam oleh adik lelakinya yang hilang pertimbangan akibat ditegur kerana berebut alat kawalan jauh televisyen.

Memetik laporan dari myMetro, mangsa cedera parah di dada akibat ditikam oleh adiknya yang berusia 23 tahun dalam kejadian 2.30 petang tadi.
gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, mangsa ditikam oleh suspek selepas berlaku pergelutan apabila suspek berang ditegur kerana berebut alat kawalan jauh yang dipegang oleh anak mangsa yang baru berusia 5 tahun.


"Tikaman itu menyebabkan mangsa rebah sebelum dibawa ke hospital oleh seorang lagi adik mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson akibat cedera parah di dada.

"Sejurus selepas menikam abangnya suspek melarikan diri dengan memandu Proton Wira dipercayai pulang ke rumahnya di Johor Bahru,"
katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk tujuan bedah siasat.

Kata Baharudin, suspek kini masih lagi diburu pihak polis.

"Usaha memburu suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"
katanya


[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.