Sering kali kita baca mahupun dengar tentang kanak-kanak hilang. Terkini apa yang kami ingin kongsikan bersama anda ialah tentang kehilangan kanak-kanak yang berumur 9 tahun dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang kini telah dijumpai dibunuh dengan kejam. Ikuti info selanjutnya dibawah ini:


[tab] [content title="Info"]JAKARTA - Mayat seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dibunuh dengan kejam ditemui dalam sebuah kotak di mukim Kalideres, Jumaat lalu.

Mayat mangsa adalah Putri Nur Fauziah, anak ketiga dari pasangan Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani, yang dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang. Kaki, tangan dan mulutnya juga diikat, selain dari kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.


Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri.

Berdasarkan siasatan forensik, mangsa telah mati dibunuh lebih dari 4 jam ketika ditemui. Polis sehingga kini masih menyiasat dan memburu individu yang melakukan jenayah ini.

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk keluar belajar berkumpulan dengan rakan-rakannya. Namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah. Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri. - www.aam.my [/content] [/tab]

Punca Sebenar
Polis Indonesia sudah membuat autopsi ke atas jenazah Putri Nur Fauziah, mangsa berumur 9 tahun yang diperkosa, dibunuh dan dibungkus mayatnya di dalam kotak. Hasilnya polis Indonesia sudah menemui penyebab kematian remaja berkenaan.

“Autopsi sudah dilakukan pada jam 12 malam tadi selama 3 jam dan sudah dikenal pasti sebab kematian,” Menurut kata Kapolres Metro Jakarta Barat, Kombes Pol Rudy Heriyanto Adi Nugroho, dalam perbincangan dengan tvOne, Minggu, 4 Oktober 2015.
Menurut Rudy, Putri meninggal kerana berlaku kekerasa di leher. Mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas akibat perbuatan tersebut.
Jenazah Putri Nur Fauziah di rumahnya
Jenazah Putri Nur Fauziah di rumahnya
“Ada serangan kekerasan di leher mangsa sehingga mangsa tidak boleh bernafas,” ujar Rudy.

Selain membunuh dengan keji, si pelaku juga memperkosa Putri Nur Fauziah. Rudy memberitahu perkara ini hasil daripada autopsi yang dilakukan ke atas mayat mangsa.

“Terdapat sperma dalam kemaluan dan dubur korban,” Menurut Rudy.
Mayat Putri dijumpai di kawasan Jalan Sahabat, Gang Kampung Belakang RT 06/05, Kelurahan Kamal, Kalideres, Jakarta Barat, sekitar pukul 10.30, Jumaat malam.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan yang berbungkus dalam kotak. Mulut dan kemaluan mangsa mengeluarkan darah serta dalam keadaan bogel.

Polis Indonesia juga menemui baju berwarna putih, seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih. Pakaian seragam sekolah Putri tidak ditemui.

[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.