Kali ini kami nak kongsikan kepada anda tentang 5 perkahwinan artis Malaysia yang paling sensasi. Jika kita bercerita mengenai majlis perkahwinan mesti ramai yang teruja lebih-lebih lagi ianya seakan menjadi topik harian di kalangan rakyat Malaysia. Tambah pula jika perkahwinan itu melibatkan pasangan dari golongan ternama seperti selebriti, ahli sukan, tokoh politik dan kerabat diraja.

Umum tahu bahawa di Malaysia, perkahwinan atau apa saja majlis yang melibatkan artis atau selebriti adalah sesuatu yang menjadi buah mulut umum seperti Apakah konsep majlis tersebut? Dimana ? Bagaimana? Dan macam-macam lagi. Segalanya akan diperbincangkan.

Berbalik pada tajuk iaitu 5 Majlis Perkahwinan Artis Malaysia Paling Sensasi, di bawah ini, kami Gempak telah menyenaraikan lima pilihan perkahwinan artis paling sensasi di Malaysia. Jom kita singkap sekarang:


Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Tinggi
1) Mauzin Hamzah Dan Pengiran Sufri (11 Disember 1987)
Jika anda masih ingat penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M iaitu Mauzin ( mazuin) Hamzah yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Brunei iaitu Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan wang hantaran bernilai satu juta ringgit. Apa yang menarik Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja paling kaya di dunia. Walau bagaimanapun selepas 17 tahun berkahwin akhinrya mereka mengambil keputusan bercerai.


Perkahwinan Diserbu Ramai Tanpa Undangan
2) Ziana Zain dan Armin Zaharin (2 Mei 1998)
Artis bersuara lantang, Ziana Zain memang cukup popular pada tahun 90an dan tidak dinafikan sehingga kini kekal menjadi kesayangan ramai. Menarik mengenai perkahwinan kakak kepada Anuar Zain ini ialah apabila majlis perkahwinan dengan suaminya yang juga seorang kakitangan MAS telah diserbu hampir 15,000 peminat yang tidak diundang!
Dek kerana perkahwinan Ziana Zain, Fauziah atau Ogy Dato Ahmad Daud yang ketika itu adalah pengacara Melodi telah disaman Azwan Ali kerana mendakwa Azwan kononnya makan hati kerana penyanyi kegemarannya itu sudah berkahwin.



Perkahwinan Duda Paling Laku Di Malaysia
3) Datuk M. Nasir Dan Marlia Musa (31 Ogos 2000)
Siapa yang tidak terpesona dengan karisma yang dimiliki penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Singapura, Datuk M. Nasir. Selepas pemergian isterinya, Allahyarhamah Junainah Johari, rasanya ramai wanita yang cuba mendampingi vokalis kumpulan Kembara ini.
Namun pada tahun 2000, dunia hiburan dikejutkan dengan berita M. Nasir bakal bernikah dengan pelakon Marlia Musa yang diakui merupakan cinta pertamanya. Perkahwinan mereka bagaimanapun turut mencetuskan kontroversi kerana ibu Marlia Musa dilaporkan tidak berkenan M Nasir menjadi menantunya. Bagaimanapun perkahwinan mereka tetap berlangsung dan diserikan dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000.



Perkahwinan Wedding Of The Year Yang Ditaja Paling Singkat
4) Erra Fazira dan Yusry KRU (15 Mac 2003)
Ramai yang melabelkan meraka sebagai pasangan yang ideal dek kecantikan semulajadi yang Erra Fazira serta ketampanan yang dimiliki Yusry KRU. Sebaik saja kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga, ramai pihak yang mahu menaja perkahwinan Erra dan Yusry.

Malah sewaktu di hari persandingan mereka yang berlangsung di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, ianya telah dihadiri hampir 10,000 peminat dan diumumkan sebagai ‘Wedding of the Year 2003’. Menarik mengenai perkahwinan Erra dan Yusry adalah mereka menggunakan tarikh unik seperti hari pernikahan 15-3-2003, wang hantaran bernilai RM33,333.33.
Malangnya perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan akhirnya berpisah secara rasmi pada 16 Jun 2006.


Perkahwinan Yang Paling Dinanti-nantikan Ramai
5) Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21 Ogos 2006)
Siapa tidak suka dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Selepas berbulan-bulan wujudnya spekulasi mengenai hubungan Dato, Siti dengan Datuk K di media hiburan tempatan, akhirnya Siti membuat sidang media mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin dengan duda tersebut. Sidang media tersebut diadakan selepas sehari Dato'K menyelesaikan kes cerai dan pembahagian harta di mahkamah dengan bekas isterinya. Maka ramai kaum adam yang ‘makan hati’ dan kecewa dengan pilihan Siti Nurhaliza.
Pertunangan mereka berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan dan turut disiarkan menerusi televisyen manakala majlis perkahwinan mereka diadakan di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) dan ditonton seramai 6.3 juta di Malaysia dan Indonesia.

[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.