Kepada sesiapa yang menonton rancangan terbaru terbitan Astro iaittu Gegar Vaganza pasti akan melihat atau mendengar apa yang telah diperkatakan Nabil Ahmad melalui lawaknya itu. Tetapi nampak gayanya lawak tersebut tidak menjadi sehingga menyebabkan dia dikritik hebat kerana menghina kumpulan OKU, Caliph Buskers.
Bagaimanapun, Nabil menjelaskan bahawa dia berasa begitu bersalah di atas keterlanjuran kata-katanya itu dan telah pun meminta maaf secara terbuka menerusi program yang dikendalikannya, MeleTOP.
Tambahnya lagi, selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila mengendalikan sesuatu program dan kemungkinan akan menukar ‘angle’ persembahan dan pengacaraan.
Bagaimanapun, Nabil menjelaskan bahawa dia berasa begitu bersalah di atas keterlanjuran kata-katanya itu dan telah pun meminta maaf secara terbuka menerusi program yang dikendalikannya, MeleTOP.
“Rasa bersalah sangat apabila keterlanjuran kata-kata saya itu memang melampau. Hakikat nya sebelum ini saya memang rapat dengan ahli kumpulan Caliph Buskers, kami bersama-sama melepak dan bergurau bersama mereka”
“Mereka pun sudah mengenali saya yang memang suka bergurau kasar. Tak sangka pula boleh terlepas di atas pentas. Saya mohon maaf sebab saya rasa bersalah serta melampaunya apa yang saya lakukan itu”
“Saya lepas sahaja cakap begitu saya terus rasa ‘down’ kerana ahli keluarga saya juga ada yang juga yang kurang upaya (OKU). Macam tak patut apa yang saya buat itu, sebab kita tak tahu apa nasib kita di masa depan,”katanya kesal di atas perbuatannya itu.
Tambahnya lagi, selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila mengendalikan sesuatu program dan kemungkinan akan menukar ‘angle’ persembahan dan pengacaraan.
“Selepas ini saya akan menukar ‘angle’ yang lain dan tidak akan menyentuh fizikal apabila bercakap lebih-lebih lagi dengan orang kurang upaya (OKU),”katanya yang turut serta dalam program Majlis Zikir Perdana kelmarin.
Post a Comment