Pembunuhan Along Spoon
Pada 25 Disember 1999, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu.


Lihat kronologi di bawah:
Pembunuhan Along Spoon

Pembunuh menyerah diri selepas membunuhnya dan menunjukkan tempat dimana dia membuang mayat Along.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Pembunuhan Along Spoon
Keratan Akhbar kes ini.


PUTRAJAYA 29 Julai - Mahkamah Rayuan diberitahu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati memang berniat membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along berdasarkan penemuan rangka mangsa di kawasan sunyi, walaupun tiada saksi yang melihat pembunuhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah, keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan lalu menunjukkan anggota polis tersebut berniat menyembunyikan kematian Along daripada pengetahuan umum ekoran rangkanya dijumpai di kawasan yang tidak didiami orang.

Along yang popular dengan lagu "Rindu Serindu-Rindunya" dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2000.
"Perayu berniat melakukan pembunuhan kejam menggunakan kepakarannya sebagai anggota terlatih dalam Unit Tindakan Khas (UTK) dan dia cukup mahir dengan selok belok hutan selain menyedari mangsa tidak akan mampu hidup lama tanpa makanan,"
ujarnya.

Awang Armadajaya ketika berhujah turut meminta mahkamah meneliti kesanggupan Mohamed Ya'cob menunjukkan kepada polis tempat mayat Along dibuang sedangkan akal manusia tidak akan mampu mengetahui lokasi kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Tinggi Seremban betul ketika mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Mohamed Ya'cob dari cawangan pengawal pengiring Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berasal dari Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras pada 1 pagi, 26 Disember 1999.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop yang mendengar rayuan tersebut menetapkan 4 Ogos ini bagi mendengar hujahan semula peguam Markhan Singh yang mewakili perayu. - Utusan Meloya

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!

sekadar pengkongsian.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.