Semalam, Malaysia dihangatkan dengan isu kenaikan tol di beberapa lebuhraya di ibu kota dan sejak dari itu pelbagai ulasan dan pendapat telah dikeluarkan oleh rakyat sama ada yang menyokong atau membantah kenaikan tersebut.
Sebuah laman web pro-UMNO, MyKMU.net pula mengaitkan kenaikan kadar tol; yang dijadualkan bermula pada Khamis ini; dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laman terbabit, kenaikan kadar tol itu terjadi disebabkan oleh perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib dari tangan-tangan pemerintah terdahulu.
"Perjanjian konsesi itu memang direka sedemikian rupa, macam mana cara pun diakhirnya rakyat yang kena," tulis laman itu.
Tambah MyKMU juga, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi menghalang kenaikan yang sudah selama 7 tahun tertangguh.
"Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain, selain Tun Mahathir, bapa konsesi negara.
"Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina – kerajaan anugerah konsesi – rakyat bayar. Setiap 3 tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi," tulisnya lagi.
MyKMU juga turut mendakwa inilah perjanjian yang mengikat mana-mana Perdana Menteri Malaysia selepas Mahathir.
Perkongsian dari MyKMU tersebut juga mendakwa mana-mana Perdana Menteri selepas (Dr Mahathir) itu, inilah perjanjian yang mengikat mereka.
"Mahathir dah pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian. Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan tanggung (guna duit rakyat), mana ada ruang untuk rugi?
"Jadi rakyat perlu ucap terima kasih kepada Mahathir kerana legasi yang ditinggalkannya ini. Dia memang bijak dan membawa banyak kemajuan ke negara ini, tak perasan harga kepada semua kemajuan itu, kita (rakyat) lah yang membayarnya, bukan percuma," tulis MyKMU didalam artikel bertajuk Tol: ‘Legasi’ Mahathir Yang Belum Musnah Lagi . www.aam.my

Post a Comment