Tentu ramai yang dah tahu tentang baru-baru ini pelakon Kamal Adli telah digugurkan atau disingkirkan daripada membintangi filem sekuel yang turut dibintangi Zizan Razak. Bagaimanapun perkara tersebut jelas sekali melahirkan rasa kecewa buat Kamal Adli.
“Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya”

“Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya,”
jelas memetik dari sumber BH Plus.

Namun apabila ditanyakan kepada beliau tentang adakah dia menerima tawaran untuk digandingkan bersama Zizan pada masa hadapan. Kata Kamal, dia memilih untuk mengutamakan professionalisme daripada isu peribadi.
“Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi…saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar,”
kata Kamal lagi.
Apa pun, harap Kamal Adli dapat bersabar dan teruskan dengan cara yang profesional dalam kerjaya. Kerana nilai sebegitu seharusnya ada para semua orang. Mungkin disingkirkan untuk kali ini tapi mungkin ada dan dibuka peluang yang lebih besar lagi berbanding dengan apa yang terlepas pada masa ini. Namun rasanya bukan Zizan yang menjadi sebab ataupun beliau yang cuba menutup periuk nasi atau sumber rezeki Kamal Adli. Sebab kesahihannya biarlah pengarah filem itu sahaja beri penjelasan nanti. Sama-sama kita tunggu, janganlah buat spekulasi awal tentang mereka berdua yer.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.