Jikalau sebelum ini Lisa Surihani dan Yusri KRU ada membuat keputusan untuk tidak menunjukkan gambar anak mereka kepada umum kerana bimbang disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun, gambar cahaya matanya itu tersebar di laman sosial yang dimuat naik oleh laman hiburan Roti Kaya yang mendakwa diperolehi oleh seorang paparazi.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan Lisa sedang sibuk menyimpan barang di dalam beg tangannya manakala Yusri mengedung si kecil yang sedang nyenyak tidur.
Timbul perbalahan netizen di ruangan komen yang tidak senang dengan tindakan pasangan itu enggan menunjukkan gambar bayi mereka kepada umum.
"Malulah oiii ...Prince William dan Kate pun tak kisah gambar anak mereka dirakam sebab mereka bukan sengkek duit nak jual copy right gambar baby" kata Bangang Itu Indah.
Bagaimanapun, peminat dua selebriti berkenaan tampil mempertahankan mereka dan menjelaskan adalah menjadi hak pasangan itu untuk tidak mendedahkan anaknya kepada umum.
"Hormat la dah dia nak privacy tak nak tunjuk anak dgn public...maybe bila anak dia dah bsr ckit br dia x kisah...yang terjumpa depan mata tu rezeki awak la dapat tengok tapi takyah la nak rakam n sebarkan.." kata Ella.
"Siapapun mereka berdua ni, mereka masih ada hak privacy.. Klu mereka taknak tunjuk anak mereka itu hak mereka, tak perlu di pertikaikan..so better respect perasaan n privacy mereka..pada yg ambil pic ni better minta maaf..tak baik buat org mcm tu..dia rasa tak slesa n terkilan awok berdosa tau.." ujar Fiefie. - www.aam.my
JOM KITA LIHAT BEBERAPA KOMEN YANG KECOH INI:
Baru-baru ini ada peminat menyebarkan gambar anak Lisa dan Yusry di media sosial. Gambar-gambar curi ala paparazzi itu dikatakan diambil semasa mereka berada di Singapura.
Malah, ada peminat yang sudah mula mempertikaikan tindakan Lisa dan menganggap pelakon itu tidak gembira dengan kehadiran anaknya. Aik sampai macam tu sekali?
[ads-post]
Namun, tidak semua peminatnya bersikap sebegitu ada yang membidas komen berkenaan dan memahami bahawa pasangan Lisa dan Yusry ingat akan pesan orang tua-tua bahawa agak tidak manis untuk terlalu mendedahkan wajah anak pada peringkat awal. Ada juga yang meminta agar peminat lain menghormati privasi mereka sekeluarga kerana Yusry sebelum ini memberitahu tidak mahu anaknya menjadi tumpuan lensa kamera.
Biasalah kalau jadi artis setiap perkara yang mereka ingin lakukan pasti akan di kritik, memang lah peminat adalah tulang belakang seseorang artis tetapi tidak semua perkara mereka harus ikut cakap peminat bukan? Sabar je lah, pasti satu hari nanti kita akan dapat lihat foto Yahaira Leanne yang terkini.
[youtube src="kBeEhOaJEVI" /]
Sementara itu, memetik dari laporan video astro awani, Lisa surihani menyatakan kekecewaan pada yang mengambil gambar anaknya tanpa kebenaran. Saksikan video di bawah ini :
Kredit Video: AstroAwani
Post a Comment