Tips Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran | Untuk melembutkan hati suami dan menurunkan suhu panas barannya amal kan ini :

Banyakkan berdoa selepas solat. Hadiah kan Al Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

Baca surah Taha, ayat 1-8dan kemudian baca doa Nabi Daud as sebanyak 3 kali

" Ya ALLAH, ENGKAU lembutkanlah hati suamiku ( sebut nama ) sebagaimana ENGKAU lembutkan besi di tangan Nabi Daud"

Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir " Ya - Latif " sebanyak 129 kali diikuti surah asy -Syu'raa ayat 19 yang bermaksud :

" ALLAH Maha Lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Diikuti pula dengan perbanyakkan zikir " Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff " dan " Ya Rahman " berulang-ulang.

Semua ini insyaallah adalah doa melembutkan hati.

Banyak tips dan petua dah dicuba untuk tenangkan hati, tapi masih ada something yang kurang, akhirnya jumpa jugak yang betul-betul sebati dengan jiwa. Doa penenang hati nih kini dah menjadi amalan seharian. Surah Taha Ayat 1-5 benar-benar memberi impak yang sangat besar. Amalkan selalu insyaallah ada kesannya. Kebaikan doa pelembut hati nih banyak. Baik diamalkan untuk meredakan perasaan marah, melembutkan hati yang keras, mengatasi sikap suami yang panas baran, mengatasi anak yang degil, malas beribadat dan sebagainya.



Terjemahan Surah Taha Ayat 1 – 5 :


  1. Taa Haa
  2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
  3. Hanya untuk memberi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
  4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langgit yang tinggi
  5. iaitu (Allah) Ar-Rahman yang bersemayam di atas Arasy.

Selain mengamalkan doa pelembut hati nih kita juga boleh mencuba tips menghilangkan rasa marah dalam Islam nih sebagai satu usaha untuk melembutkan hati yang panas. mudah-mudahan reda sikit hati tuh.

Tips Dan Doa Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.