Seorang wanita tidak menyangka pertemuan semula dengan ibunya yang telah meninggalkannya ketika berusia setahun, bukan membawa kegembiraan sebaliknya membawa berita yang lebih mengejutkan. Rupa-rupanya wanita itu, Adriana, 39, baru mengetahui bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri, Leandro, 37.

Semuanya berlaku apabila Adriana dan Leandro ditinggalkan oleh ibu mereka, dan kedua-duanya dibesarkan oleh orang lain. Adriana dan Leandro, yang sudah berkahwin selama tujuh tahun dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah mengenali antara satu sama lain selama ini dan ditinggalkan ketika masih bayi.
Namun pada masa sama, mereka juga cuba mengesan ibu mereka yang dikenali sebagai Maria. Tetapi tanpa disedari mereka mencari orang yang sama. Adriana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan lalu bertemu dengan dengan Lenadro selepas perkahwinannya gagal. Mereka hanya mengetahui mengenai perkara sebenar minggu lalu selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya.
“Saya tidak percaya apa yang anda katakan di sini bahawa Leandro adalah adik saya,’’
katanya sambil meraung ketika pertama kali ditemubual dalam stesen radio berkenaan pada hari ibunya Maria dikesan. Bagaimanapun semalam, Adriana dan Leandro memberitahu mereka akan menetap bersama dan tidak akan berpisah meskipun sudah disahkan sebagai kakak dan adik.
“Hanya kematian yang akan memisahkan kami. Selama ini saya menganggap ia sesuatu yang melucukan apabila nama ibu kami adalah sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,’’
katanya.

Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.