Beluran: Polis di sini menafikan berlaku aktiviti penculikan untuk tujuan mengambil organ dalaman, khususnya kanak-kanak.
Supt Sivanatan Velautham (Ketua Polis Daerah Beluran), berkata isu penculikan yang sedang hangat diperkatakan dan disebarkan khususnya melalui media sosial adalah tidak benar sama sekali.
“Kesan daripada penyebaran maklumat tidak berasas itu bukan sahaja menyebabkan kegusaran dan situasi panik tetapi juga menimbulkan pelbagai persepsi dan sangkaan buruk kepada pasukan keselamatan,”katanya.
Beliau menasihatkan masyarakat di daerah ini tidak mudah percaya dengan khabar angin khususnya yang diviralkan menerusi media sosial.
Katanya polis sentiasa berjaga-jaga dan menyiasat secara terperinci jika ada laporan dibuat. - www.aam.my
[alert title="Nota" icon="info-circle"]Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Melalui Google.[/alert]
Post a Comment