Perkara ini adalah sangat penting kepada pasangan suami isteri maklumlah ada perkara halal dan haram dalam melakukan hubungan intim. Menjilat faraj isteri adalah perkara yang kurang manis dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu.

Jika dibuat kajian kebanyakan pasangan suami isteri sangat suka melakukan "seks oral" ini kerana ia mungkin membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan asmara.

1) Yang mengharuskan
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

2) Yang mengharamkan
Apa yang pasti diharamkan adalah ‘anal sex’ atau $eks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral sex’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Wallahualam.


Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.