Saya dan isteri menjumpai seorang kanak-kanak perempuan Melayu ditinggalkan seorang diri dan menangis di tepi jalan berhampiran Econsave, Setia Indah, Johor Bahru.
Ada seorang lelaki warga Bangladesh bersama dengannya. Saya terus memberhentikan kereta dan menghampiri kanak-kanak terbabit.
Apabila saya dan isteri menghampiri mereka, lelaki Bangladesh itu dengan segera terus beredar dari situ.
Menurut kanak-kanak yang memakai rantai emas itu, dia kehilangan ibunya. Jadi kami membuat keputusan untuk membawanya ke balai polis berhampiran untuk bantuan selanjutnya.
Dalam perjalanan ke balai polis, kami terjumpa pula seorang wanita yang tidak keruan sedang mencari anaknya di tepi jalan. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa wanita itu adalah ibu kandungnya.
[ads-post]
Kami serahkan kanak-kanak itu kepada ibunya. Wanita itu sangat beremosi apabila ditemukan dengan anak gadisnya kembali.
Menurut si ibu, mereka terpisah apabila kedua-dua mereka sedang menaiki pengangkutan bas awam. Si ibu menyangka anaknya mengekori dari belakang apabila masuk ke dalam bas. Tetapi kanak-kanak itu tertinggal di perhentian bas seorang diri.
Ibu bapa, sila peka dan berhati-hati. Silap-silap anak jadi mangsa ragut, culik atau pemerdagangan manusia. - Prabagaran Raja.
Ditulis semula untuk kongsian di : www.aam.my

Post a Comment