Ipoh: Seorang lelaki 28 tahun kini dalam keadaan trauma apabila video bogelnya telah disebar di Facebook & Youtube apabila dia gagal memenuhi permintaan wanita yang merakam videonya supaya menyerahkan wang sebanyak RM4,000.

Mangsa, seorang jurual yang mahu dikenali sebagan Ng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 9 Nov yang lalu, dia berkenalan dengan suspek, 25, di laman media sosial Facebook.

Menurut Ng, wanita itu berkata dia berasal dari Eropah dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Mayumi'. Dia kemudiannya mula berkenal rapat dengan Mayumi.
“Selepas perkenalan itu, wanita terbabit meminta pengesahan identiti Skype bagi melihat wajah saya yang sebenar menerusi kamera web.
Menurut Ng, dia ber'chatting' dengan Mayumi selama 40 minit sambil menambah wanita tersebut meminta id skypenya supaya mereka boleh berchatting menggunakan video.

Selepas 20 saat video chat itu bermula, Mayumi dikatakan mula menanggalkan pakaian dan bermain dengan dirinya sendiri.
“Selepas kami melihat wajah masing-masing, wanita terbabit terus membuka pakaiannya menyebabkan saya seolah-olah terpukau.
“Saya tidak menyedari apa yang berlaku selepas itu dan hanya sedar pada hari berikutnya dengan mendapati dia menghantar satu video saya dalam keadaan berbogel sambil melakukan aksi-aksi lucah yang saya langsung tak ingat,”
katanya memetik laporan The Star Online.

Ng berkata wanita itu mahukan RM4,000 namun dia tidak dapat memenuhi tuntutan wanita tersebut.
"Dia mahukan RM4,000 dari saya dan memberi saya masa 30 minit untuk membuat transaksi tapi saya tak ada sejumlah wang itu"
, tambahnya.

Ng berkata dia kemudian ternampak video itu dimuat naik di facebooknya pada petang itu.
"Dia memuat naik empat klip video dan turut berkongsi video-video itu di facebook rakan-rakan saya"
, kata Ng.
"Jujurnya, saya tak pasti sama ada wanita di dalam foto adalah wanita yang sama saya lihat di dalam video chat. Mukanya di kaburkan dan dia hanya menunjukkan badannya
"Saya jarang membaca berita tapi saya pernah dengar tentang insiden sebegini"
, jelas Ng yang turut menyatakan teman wanita dan keluarganya sudah mengetahui tentang perkara tersebut.

Ng berkata dia telah membuat laporan kepada polis dan juga SKMM berkaitan insiden itu.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.