source: Instagram |
Bapa kepada Yatt Hamzah iaitu Hamzah Bin Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.30 15 NOV 2015.
Yatt menerusi laman Instagramnya mengatakan, jenazah bapanya akan di bawa ke Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda untuk dimandi dan dikafankan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda lebih kurang jam 9 pagi ini.
"Sayangnya ALLAH pd ABAH. Harini 15 NOV 2015, jam 1.30 pm ABAH HAMZAH HASHIM pergi selama2nya menemui penciptanya. Innalillahhiwainnailaihirojiun..
"ABAH..akak ralat tak ada dengan ABAH tadi..ABAH dah janji nak tunggu akak balik kerja tapi ABAH dah pergi tinggalkan akak, Mak dan adik2..Allahu.. ;'([ads-post]
"Takpelah, kami redha ABAH pergi. Maafkan akak sbb tak sempurna jaga ABAH ya. Sekarang ABAH dlm jagaan sempurna..ABAH ada dg ALLAH.
"Akak, Mak dan adik2 doakan ABAH diampunkan dosa dan diletakkan bersama orang2 beriman lagi bertaqwa. Ameen.
"ABAH..Akak rindu ABAH sgt..Rindu nak jaga abah..Sangat rindu..Ya Allah aku tahu ABAH dlm jaga terbaikMu. Sampaikan padanya yg aku amat rindu padanya.. ;"(
"MOHON SEMUA DOAKAN ABAH SAYA HAMZAH BIN HASHIM DAN HADIAHKAN BACAAN AL-FATIHAH & YASSIN YA," memetik tulisan Yatt di laman IGnya.Takziah www.aam.my ucapkan buat Yatt serta keluarga. Semoga arwah bapanya berada di kalangan orang beriman.
source: Instagram |
Post a Comment