Aaisyah Dhia Rana Anak Che Ta Dibayar Belasan Ribu Ringgit Untuk Berlakon Drama

Umum ketahui anak pasangan popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mempunyai rupa paras yang comel dan selain itu juga mempunya perwatakan yang menarik dan ceria.

Terbaru kononnya anak mereka itu dibayar untuk berlakon dalam satu drama dengan belasan ribu ringgit walaupun masih kecil lagi. Ini sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya pada artis yang yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni.

Mungkin tidak kurangnya netizens yang akan beranggapan negatif tentang pasangan ini yang kononnya akan mempergunakan anak mereka yang masih kecil itu. Apa pun kami di www.aam.my doakan yang terbaik untuk keluarga Che Ta, agar terus maju kerana bukan senang nak puaskan hati ramai pihak. Betul tak?

"Bayaran untuk komitmen 11 hari yang dia (Aaisyah) dapat itu melebihi bayaran pelakon pembantu yang menerima anugerah. Itu saja saya boleh cakap,"
kata Che Ta.

Che Ta juga turut menyifatkan perkara tersebut sebagai rezeki anaknya dan bukanlah bertujuan untuk menggunakan anak sendiri.
"Kira pakejlah gayanya kalau orang nak cakap kami anak beranak berlakon. Tak apalah, orang nak cakap apa.. itu terpulang. Ini semua soal rezeki.
"Sebelum ini apa sahaja yang membabitkan saya selalu dipersoalkan dan menjadi kontroversi. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan kalau dilayan memang tidak pernah berakhir. Biarlah,"
katanya memetik laporan BHOnline
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.