Wanita ini telah mengejutkan banyak pihak kerana beliau dikatakan mempunyai 11 orang anak dan sanggup berlapar. Umur perempuan muda ini masih 21 tahun, tetapi dia telah memiliki 11 anak. Sebelum itu, dia telah melahirkan kembar enam bayi sekaligus.
[tab] [content title="Info"]
"Saya sesungguhnya tidak ingin melahirkan lagi, tetapi inilah yang terjadi pada diri saya,"kata Naima al-Batash kepada media.
"Selepas menyusukan dan memberikan botol susu, saya menidurkan salah satu anak. Namun, anak kedua bangun dan saya (harus) menyusuinya. Ini berlangsung terus-menerus sehingga membuat kepalaku pening,"katanya.
"(Mereka) menangis tak pernah berhenti. Jika Allah memberikan amanah anak-anak ini kepadaku, niscaya Allah akan membantu membesarkannya,"tambahnya lagi.
Suami Naima, Raad, terpaksa harus mengikat perut demi keluarga dan anak-anaknya sebab gaji yang diterima dari kerajaan lebih kurang US$ 500 sebulan. Separuh dari pendapatan itu untuk melangsaikan hutang.
"Saya merasa apa yang dituntut terhadap diri saya adalah melebihi dari yang boleh saya berikan sebagai (suami) yang berusia 25 tahun. Duit yang ada,saya belikan susu dan pampers,"kata Raad.
www.aam.my [/content] [/tab]
[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Post a Comment