Seorang ahli perniagaan yang dipercayai sebagai lelaki yang menampar seorang pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana semalam telah ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, suspek ditahan malam tadi di sekitar kawasan Kampung Baru Subang.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu akan direman pagi ini untuk siasatan.

“Siasatan akan diteruskan, selepas tempoh reman diperolehi pagi ini,”
katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

Penahanan ini adalah susulan daripada laporan yang dilakukan oleh majikan pekerja warga asing berkenaan di Balai Polis Brickfields, pada pagi semalam.

Semalam, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis cuci kereta berkenaan telah menjadi viral di laman sosial di mana ia menunjukkan seorang lelaki telah memukul seorang pekerja warga Bangladesh selepas dikatakan mengotorkan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, hidung mangsa dikatakan patah, selepas dibelasah suspek, kerana didakwa mengotori kenderaannya.

Jelasnya, selepas menampar mangsa, pelanggan terbabit membelasah Shian di belakang kedainya, namun CCTV di belakang tidak berfungsi, tetapi tompokan kesan darah jelas kelihatan di lantai. - www.aam.my


rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan...
Posted by Atie Abdul Hamid on Saturday, October 17, 2015
Labels: ,

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.