Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini tampil dengan fesyen rambut berwarna perang.

Menerusi laman web Johor Southern Tigers, baginda yang juga adalah Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaparkan gambar wajah barunya dan menjelaskan mengapa dirinya berbuat demikian.
“Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya.
“Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya,”
katanya.

Mengulas kenyataan negatif sesetengah pihak berhubung perbuatannya itu, baginda bertitah tidak menyalahkan mereka.
“Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya,”
katanya.

Baginda seterusnya mengongsikan cerita di mana pihak polis menunjukkannya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkannya dan keluarganya.

“Setelah melihat rupa keyboard warrior tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain.
“Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka,”
akhiri wawancaran ringkasnya itu.

Tunku Ismail sering juga mencetuskan kontroversi apabila tampil membuat kenyataan yang membidas pihak berkuasa termasuk isu 1MDB.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.