KUALA LUMPUR: Kelebihan kelab Tajikistan, FC Istiklol yang beraksi di pentas final Piala AFC 2015 di laman sendiri cuba dilenyapkan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlepas ke Dushanbe, hari ini.

Piala AFC: JDT berangkat awal ke Tajikistan
Keputusan untuk tiba ke laman lawan itu lebih awal sebelum final yang dijadual pada 31 Oktober ini diambil skuad bimbingan Mario Gomez atas sebab beberapa faktor dalam usaha mempersiapkan pasukan sebaik mungkin. Antara dua faktor yang dikenal pasti ialah sebagai usaha untuk menyesuaikan pemain dengan keadaan cuaca sejuk di negara terbabit selain padang rumput tiruan.
“Pasukan perlu berada seawal mungkin di sana untuk memberi pemain cukup rehat selepas penerbangan yang akan mengambil masa yang panjang dan memberi peluang kepada pemain untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang agak sejuk di sana,”
kata kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial rasmi pasukan itu, hari ini.
“Berada awal di sana juga membolehkan pemain mencari keserasian apabila beraksi di padang rumput tiruan.”
Penerbangan ke Dushanbe dijangka mengambil masa selama 14 jam. Gomez sebelum ini mengakui skuad bimbingannya bukan pilihan pada final kali ini terutama kelebihan FC Istiklol yang memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil. JDT mencipta sejarah muncul satu-satunya pasukan dari Malaysia yang melangkah ke final kejohanan elit membabitkan kelab-kelab di serata Asia itu.

INFO FINAL PIALA AFC 2015
FC Istiklol (Tajikistan) vs Johor Darul Ta`zim (JDT)
  • Tarikh: 31 Oktober 2015 *Masa: 8.00 malam (waktu Malaysia)
  • Stadium: Central Republican, Dushanbe, Tajikistan
  • Kapasiti: 24,000 penonton



Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.