Pelakon terkenal Nora Danish akui dirinya sudah kembali menjalinkan semula hubungan cinta bersama bekas kekasihnya Nedim setelah mereka berpisah kira-kira dua bulan lalu.

Ketika berlakunya perpisahan, situasi tersebut agak tegang dan keputusan yang dibuat (untuk berpisah) terpaksa dilakukan untuk meredakan keadaan.

Kini, permasalahan yang berlaku di antara mereka itu telah diselesaikan hampir lebih 80 peratus dan ia menyebabkan hati Nora Danish kembali terbuka untuk menerima Nedim semula.
"Cinta saya hanya pada Nedim seorang. Amat sukar bagi diri saya untuk menerima kasih sayang daripada orang lain berbanding dirinya.
"Pada mulanya saya tidak berani untuk meluahkan serta memberitahu kepada semua orang tentang hal ini. Jadi di kesempatan ini, saya sudah bersedia untuk berterus terang terutama kepada peminat bahawa saya dan Nedim telah kembali bersama semula,"
kata Nora memetik dari sumber.

Nora Danish yang ditemui media di Majlis Pelancaran Teater Muzikal Mak Cun di Istana Budaya turut menjelaskan ada kemungkinan hubungan mereka akan berakhir dengan pernikahan.
"Ketika masalah berlaku di antara kami berdua, keadaannya agak rumit sekali serta sukar bagi kami untuk membuat keputusan yang tepat.
"Sekarang ia sudah pun selesai, kalau ada jodoh yang memboleh menyatukan kami untuk membawa gelaran sebagai suami dan isteri, saya tidak akan menolaknya kerana jodoh itu adalah ketentuan daripada Allah SWT,"
katanya mengakhiri bicara.
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.