Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser menerima padah berganda selepas dia yang disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas telah ditahan kerana disabitkan dengan kesalahan menghina anggota polis trafik di Jalan Tun Fuad Stephen berhadapan Promenade Hotel, Kota Kinabalu.
Insiden memalukan itu berlaku di Jalan Kota Kinabalu, Sabah jam 10.40 pagi semalam.
Kerana tulisan berkenaa, anggota berkenaan dikatakan bertanya kepadanya kenapa menulis perkataan demikian, tetapi dijawab oleh lelaki tersebut itu adalah namanya.
Anggota berkenaan yang dikenali sebagai Koperal Arman Maidin telah meminta lelaki berkenaan ke balai untuk tindakan lanjut tetapi tidak mendapat kerjasama membuatkan dia terpaksa menghubungi anggota lain untuk tindakan.
Selepas anggota lain sampai di lokasi dan menerangkan kesalahan yang dilakukan lelaki itu, dia akhirnya telah dibawa ke balai polis trafik Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan rekod, ini bukanlah kejadian pertama berlaku sebegini di mana pada tahun lalu di Pulau Pinang seorang lelaki juga ditahan kerana menulis perkataan sama di atas surat saman yang diterimanya.
Dia kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret yang menjatuhkan hukuman penjara seminggu serta saman RM5,000 atas kesalahan tersebut.
Post a Comment