Di bawah ini kami kongsikan antara beberapa "status" yang tidak perlu anda kongsikan kepada umum melalui media sosial. Bukan tidak boleh langsung untuk berkongsi tentang apa yang anda rasa patut dikongsikan, tapi biarlah berpada dan lebih teliti untuk berkongsi apa saja di media sosial. Sekadar ingatan bersama. Apapun cuba lihat senarai di bawah ini sebagai rujukan:

[tab]
[content title="1"]
Masalah korang dengan pasangan
Tahulah bergaduh, tapi tak perlulah nak bagi tahu satu dunia apa yang tengah berlaku diantara korang berdua. Untuk pengetahuan semua, orang lain tak nak tahu dan tak ambil tahu pun, orang mengata lagi ada lah (opss!).[/content][content title="2"]
Pandangan peribadi tentang kerja korang
Kalau ada masalah dengan kerja, boss ataupun rakan sekerja yang lain, sila bawa berbincang dan cari jalan penyelesaian. Jangan pula korang pergi update status tak puas hati atau merungut kat sosial media cakap "I hate my job".[/content][content title="3"]
Jumlah duit yang korang ada
Tahu banyak duit, tapi tak perlulah beritahu semua orang yang duit korang tu banyak. Takut sesuatu yang buruk berlaku bila orang tahu korang berduit. Hati-hati tau![/content][content title="4"]
Gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semenggah
Nak bergurau boleh tapi janganlah sampai post gambar kawan-kawan korang tak berapa nak 'senonoh' tu kat Facebook, Instagram Twitter atau sebagainya. Kesian kat kawan-kawan korang tu.[/content][content title="5"]
Kerja orang yang korang rembat tanpa kredit
Amboi! Pandai guna hasil kerja orang lain, tapi tak nak kredit. Dah lah tak kredit, siap share lagi kat lagi kat sosial media tau. Ish ish![/content][content title="6"]
Perbualan peribadi
Ni lagi satu, bila orang hantar mesej kat korang, tak payahlah beria nak post perbualan tu kat sosial media. Tak berap anak sweet kot. Ada sebab kenapa orang hantar per dan bukan post kat Facebook atau Twitter. Hello![/content][content title="7"]
Maklumat peribadi yang dikongsikan
Tak perlulah nak kongsi semua benda kat sosial media. Bukan semua orang nak tahu cerita korang dari A sampai Z pun. [/content][content title="8"]
Pendedahan maklumat sulit
Jangan kongsi maklumat peribadi korang seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya. BAHAYA![/content][/tab]

[warning title="Nota" icon="exclamation-triangle"]Catatan Artikel Telah Di Suntingan Semula. Sumber Daripada Beberapa Laman Web. Jika Anda Ingin Mengetahui Artikel Yang Asal, Sila Contact Admin Dengan Hanya Klik Pada Kotak "Hubungi Kami / Contact Us" [/warning]
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.