MIRI: Seorang ibu membuat laporan polis selepas dua daripada tiga anaknya dipercayai didera setelah menemui kesan parut akibat dicucuh dengan puntung rokok pada badan mereka di Bekenu, kelmarin.

Difahamkan ibu mangsa yang berusia 29 tahun mengambil anaknya yang dalam jagaan suami pada 17 Oktober lalu di Tanjung Batu, menyedari mereka didera selepas melihat kesan parut pada dada dan tangan anaknya itu sebelum membuat laporan polis kelmarin.

Dua anak mangsa yang didera itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bayi lelaki berusia tujuh bulan.

Ibu mangsa turut mendedahkan anak perempuan yang berusia enam tahun didera secara mental apabila rambutnya dipotong pendek selain dipercayai turut dipukul. Bagaimanapun ibu mangsa tidak pasti siapa yang melakukan perbuatan itu dan berharap suaminya bertanggungjawab terhadap kecuaian itu.

Ibu mangsa yang baru membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri kelmarin sudah menghantar anak mereka ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya.

Pasangan suami isteri terbabit sudah tidak duduk sebumbung sejak sebulan lalu akibat perselisihan faham. Pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa ada membuat laporan polis berhubung tindakan suami mengambil semua anaknya tanpa pengetahuannya.

Suaminya terus menghilangkan diri namun pada 17 November, ibu mangsa menerima SMS dari seorang wanita yang tidak dikenali meminta wanita itu datang mengambil anaknya semula di sebuah masjid di Tanjung Batu.

Ibu mangsa kemudian bersetuju mengambil anaknya pada jam 7 malam. Selepas pulang ke rumah, ibu mangsa terkejut mendapati terdapat kesan parut pada tubuh anak dipercayai akibat didera. - HARIAN METRO
Labels:

Post a Comment

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.