Latest Post

23:58
Pengurus BSN Cawangan Kamunting Tiada Budi Bahasa Dan Sombong

25 November 2015, jam 2 petang, saya telah pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kamunting, Perak untuk membuat kad ATM BSN yang baru kerana kad ATM yang sebelum ini telah sangkut di dalam mesin ATM BSN Cawangan Kamunting pada 24 November 2015 jam 9 malam.

Saya telah bertemu dengan polis bantuan, Syazwan, memberitahunya bahawa kad ATM saya telah tersangkut dalam mesin ATM dan ingin membuat kad ATM yang baru. Namun buku bank saya tiada disebabkan saya dari Klang balik ke Taiping untuk menziarah ibu saya yang sakit.

Syazwan telah membawa saya berjumpa dengan Encik Mohd Iesniza Zainuddin (No ID: 02957), Pengurus BSN Cawangan Kamunting dan telah memaklumkan kepadanya mengenai masalah yang saya hadapi. Saya meminta jasa baik Encik Iesniza bahawa buku bank saya tiada kerana saya balik pun untuk menziarah ibu yang sakit di kampung.

Dengan nada suara yang tinggi, dia memberitahu bahawa kerana kad saya tersangkut, dia menghadapi masalah dengan orang atasannya yang mana mesin ATM BSN jadi lebihan duit di dalam.

Saya jelaskan kepadannya yang saya tidak minta pun perkara itu terjadi. Sekali lagi saya memberitahunya yang saya mahu membuat kad ATM yang baru namun tidak membawa buku akaun bank kerana telah hilang.

Lalu dia menyuruh saya membuat salinan Kad Pengenalan di kedai fotostat di luar dan menyatakan mesin fotostat BSN tidak boleh digunakan untuk pelanggan.

Selepas berbuat demikian, saya kembali ke BSN dan mengambil nombor giliran. Tiba nombor giliran, saya menuju ke Kaunter 4, yang dilayani oleh pegawainya, Norzaimah bint Mat Noor (No ID: 03497).

Lalu Encik Iesniza datang dan dengan nada yang tinggi serta kurang ajar memberitahu saya bahawa kad ATM berwarna hitam diakui cipnya tidak pernah rosak dan sangkut di dalam mesin ATM. Katanya saya tidak pandai menggunakan kad ATM BSN dan tidak pandai menjaganya.

Saya memberitahunya bahawa kad ATM BSN selalu mengalami kerosakkan cip dan saya telah banyak kali menukarnya dari warna merah ke hitam, namun masih menghadapi masalah yang sama.
[ads-post]
Pada ketika itu, perbualan kami itu disampuk oleh pelanggan lain yang kebetulan datang untuk membuat kad baru (berwarna hitam) turut mengatakan masalah yang sama.

Saya membuat aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan Encik Iesniza, Pengurus Cawangan BSN Kamunting kerana bercakap kurang ajar dan secara tidak langsung membuatkan saya malu di hadapan pelanggan BSN yang lain pada hari itu.

Menurut beberapa 'orang' di situ, Encik Iesniza sudah kerap kali dia memarahi orang (pelanggan), namun tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadapnya. Saya tidak mahu orang kampung dan orang lain diberikan layanan yang buruk seperti ini, saya mohon pihak Ibu Pejabat BSN ambil tindakan terhadap Encik Iesniza yang tiada budi bahasa dan sombong. - Shahrol Nizam

Ditulis semula untuk kongsian di : www.aam.my

20:26
Akibat Vape, Mulut Terbakar Dan Patah Tulang Muka

Padah akibat vape meletup. Seorang lelaki telah mengalami cedera parah akibat rokok elektronik atau vape miliknya meletup di mulut dalam kejadian baru-baru ini.

Cordera Caples yang berumur 29 tahun, patah beberapa tulang muka dan terbakar di bahagian mulut serta hilang gigi depan dan juga mengalami patah tulang leher apabila vape miliknya meletup semasa digunakan.
[ads-post]
Disebabkan insiden itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.
"Kami tidak dapat pastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa atau tidak selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,"
ujar seorang ahli keluarga mangsa.

Menurut seorang pengguna vape, rokok elektronik mangsa meletup mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai mangsa telah terlebih mengesah vape itu. - www.aam.my

15:25
Gambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan Netizens

Tersebar beberapa gambar tentang seorang gadis cantik dan juga begitu comel memakai seragam sekuriti sebuah bank mulai hangat di perkatakan di media sosial baru baru ini khusunya di instagram.

Siapakah sekuriti comel yang menjadi viral ini?

Nama lengkapnya adalah Rima Fitriani Melati yang bekerja sebagai sekuriti Bank BUMN Bandung indonesia.

Ramai netizens yang memuji kecantikan gadis ini,bahkan sebagian tidak percaya bahwa gadis secantik Rima kerja sebagai sekuriti bank.

Netizens juga tidak meninggalkan peluang untuk bergurau dengan rima serta mengeluarkan ayat ayat yang cuba menarik perhatian rima setelah memuat naik gambarnya memakai baju sekuriti

Antara komen netizens:
"Cantik cantik kok jadi satpam bagus lagi jadi bini saya" (poyo lebih)
"kalau satpamnya gini penjahatya malah jatuh cinta,gak jadi rompak banknya,malah rompak hati satpamnya" (lelaki cuba buat lawak)
"rima kamu tinggal dimana? saya mau jumpa orang tua kamu"(jenis yang serius)
"kalau aku dapat bini kayak kamu,aku sanggup makan kerak nasi hari-hari"(janji keling)

Berikut gambar Rima sekuriti bank paling cantik
Gambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan NetizensGambar Sekuriti Bank Wanita Cantik Jadi Viral Dan Menjadi Bualan Netizens[ads-post]

15:05
Cubaan Culik Kanak-Kanak Setia Indah, Johor Bahru Oleh Lelaki Bangladesh
Saya dan isteri menjumpai seorang kanak-kanak perempuan Melayu ditinggalkan seorang diri dan menangis di tepi jalan berhampiran Econsave, Setia Indah, Johor Bahru.

Ada seorang lelaki warga Bangladesh bersama dengannya. Saya terus memberhentikan kereta dan menghampiri kanak-kanak terbabit.

Apabila saya dan isteri menghampiri mereka, lelaki Bangladesh itu dengan segera terus beredar dari situ.

Menurut kanak-kanak yang memakai rantai emas itu, dia kehilangan ibunya. Jadi kami membuat keputusan untuk membawanya ke balai polis berhampiran untuk bantuan selanjutnya.

Dalam perjalanan ke balai polis, kami terjumpa pula seorang wanita yang tidak keruan sedang mencari anaknya di tepi jalan. Kanak-kanak itu memberitahu bahawa wanita itu adalah ibu kandungnya.
[ads-post]
Kami serahkan kanak-kanak itu kepada ibunya. Wanita itu sangat beremosi apabila ditemukan dengan anak gadisnya kembali.

Menurut si ibu, mereka terpisah apabila kedua-dua mereka sedang menaiki pengangkutan bas awam. Si ibu menyangka anaknya mengekori dari belakang apabila masuk ke dalam bas. Tetapi kanak-kanak itu tertinggal di perhentian bas seorang diri.

Ibu bapa, sila peka dan berhati-hati. Silap-silap anak jadi mangsa ragut, culik atau pemerdagangan manusia. - Prabagaran Raja.

Ditulis semula untuk kongsian di : www.aam.my

15:02
Gadis 18 Tahun Diperkosa Dalam Kereta Di Balakong

KUALA LUMPUR: Alasan mahu menggunakan tandas restoran membolehkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meminta bantuan pelanggan restoran itu untuk melepaskan diri daripada tiga lelaki yang menculik dan merogol serta menyamunnya, Sabtu lalu.

Dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Balakong, Kajang, itu pelanggan restoran itu kemudian berjaya menahan tiga penjenayah terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rotzarn Rashid berkata, mangsa yang berasal dari Thailand, baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras pada jam 8.50 pagi, untuk ke tempat kerjanya di sebuah salon rambut.

Menurutnya, seorang lelaki bersenjatakan kapak datang dan secara mengejut memegang tangan, memaut leher serta mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.

Katanya, suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan membawanya mengelilingi kawasan perumahan sekitar Cheras serta Balakong.
[ads-post]
"Ketika dalam kereta, mangsa dirogol suspek,” katanya.

Beliau berkata, kereta penjenayah itu kemudiannya kehabisan minyak dan selepas seorang daripada mereka ke stesen minyak untuk membeli petrol, mangsa memberi alasan mahu menggunakan tandas restoran berhampiran.

“Ketika dalam restoran, mangsa meminta bantuan pemilik serta pelanggan yang kemudian berjaya menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Rotzarn berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun.

Sementara itu, gambar mangsa dan video rakaman suspek ditahan, tersebar di laman sosial Facebook sejak Isnin lalu. - HARIAN METRO

07:04


Desas desus yang menyatakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO diawalkan pada 24 November dari tarikh asalnya iaitu pada 27 November menimbulkan tanda tanya.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, sekiranya benar tarikh mesyuarat itu diawalkan pada 24 November ia membawa nasib buruk kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal.

Walaubagaimanapun, katanya sekiranya mesyuarat tersebut kekal pada 27 November, adakah ia merupakan petanda baik bahawa mereka akan terlepas daripada sebarang hukuman.

“Muhyiddin difahamkan akan kembali ke tanahair pada 25 November manakala Shafie yang menunaikan umrah juga dijangka akan pulang sehari dua sebelum jadual asal mesyuarat MT pada 27 November itu.

“Persoalannya, apakah Muhyiddin dan Shafie akan dipecat dalam mesyuarat MT UMNO kali ini,” soalnya dalam entri terbaru di shahbudindotcom.blogspot.my.
[ads-post]
Shahbudin menambah, mesyuarat MT UMNO kali ini akan lebih menjadi perhatian kerana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 8 hingga 12 Disember depan.

Katanya, ini kerana sebarang tindakan sama ada pemecatan atau penggantungan keahlian khususnya kepada Muhyiddin akan dilihat sebagai percubaan secara ‘terang lagi bersuluh’ untuk menghalangnya daripada merasmikan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang dijadual pada 8 Disember.

Namun demikian, katanya sekiranya kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa isu pemecatan Muhyiddin daripada parti itu hanya khabar angin boleh dipercayai dan diterima pakai, bermakna kedudukan Muhyiddin tidak akan tergugat.

“Jika peranan Muhyiddin mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti tidak juga dikembalikan sebelum mesyuarat MT akan datang ini atau memang benar tarikh mesyuarat dipercepatkan kepada 24 November, maka kemungkinan besarnya ialah Muhyiddin bakal dipecat atau digantung keahlian UMNOnya.

“Begitu juga dengan Shafie dan lain-lain yang termasuk dalam Kumpulan tujuh itu, mereka juga akan menerima nasib yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin,” jelasnya.
[youtube src="3so_KmcRMps" /]

05:10
Seorang gadis 18 tahun hampir putus dua digilis lori pemandu mabuk

Satu kemalangan tragis yang membabitkan seorang gadis berumur 18 tahun di jalan baru,bukit matarajam pulau pinang petang tadi maut di tempat kejadian.

Mangsa Farhana abdullah dari kampung paya Bm selamat, di katakan hampir terputus dua setelah di langgar oleh lori traler yang di laporkan pemandunya sedang mabuk.

Dalam pada masa itu lori yang cuba melarikan diri berjaya di tahan oleh pihak polis,mana kala mangsa Farhana Abdullah di bawa kehospital BM dan selamat di semadikan di kampung halamanya.dimana mangsa di katakan dalam dua hari lagi akan menyambut ulang tahun kelahirannya.

Khairul abang mangsa berkata "saya mewakili keluarga Nurul farhana abdullah pengebumian adik saya satu satunya sudah selesai,saya juga minta maaf pada sesiapa yang terguris hatinya sepanjang perkenalan dengannya.
[ads-post]
Kalau ada apa apa hutang atau yang ingin minta tuntutan boleh berjumpa Saya atau dengan keluarga.dan kalau ada sesiapa yang memiliki dan menyimpan gambar dia semasa kejadian tolong jangan di viralkan sebab gambar tidak tutup aurat.

khairul juga meminta kepada sesiapa yang mempunyai gambar semasa kejadian agar di padam,mohon sedekahkan alfatihah,rehatlah adik disana rehatlah bersama ayah,semoga tenang di sana katanya"

Untuk menghormati keluarga mangsa Gambar kejadian hanya akan di siar yang di ambil dari jauh saja. - www.aam.my
Seorang gadis 18 tahun hampir putus dua digilis lori pemandu mabuk

Author Name

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.