Berkaitan dengan dakwaan Karen Rahman bahawa Maria Farida merampas suaminya, Maria telah menerangkan bahawa dia tidak merampas suami sesiapa, sebaliknya hubungan Karen dan bekas suaminya memang bermasalah. Malahan, anak-anak perempuan Karen turut menyebelahi Maria, memberitahu mereka meyokong sekiranya Papa mereka dijaga oleh Maria Farida atas alasan tertentu.
Melodi TV3 telah menghubungi Karen bagi memperjelaskan mengenai dakwaan Maria bahawa Karen telah menyimbah cat ke kereta pelakon itu:-
Melodi TV3 telah menghubungi Karen bagi memperjelaskan mengenai dakwaan Maria bahawa Karen telah menyimbah cat ke kereta pelakon itu:-
Buat masa ini saya tak nak jawab apa-apa sebab peguam saya beritahu suruh saya berdiam diri sebab saya tak nak benda ni mengganggu. Memang saya nak jawab tapi peguam saya kata biar dulu sebab saya dalam proses untuk saman Maria.Nampaknya perkara ini akan mengambil masa untuk diselesaikan. Hanya masa akan mendedahkan siapa bercakap benar dan siapa yang berbohong.
Ada beberapa isu yang kereta dia buat laporan keretanya disimbah cat. Dia sebut nama saya di balai dan ia menyusahkan saya.
Saya tidak buat benda itu jadi saya akan mengambil tindakan mahkamah untuk saman fitnah terhadap dia.
Saya memang hendak mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala tuduhan untuk memperbetulkan apa yang dia cakap sebenarnya tipu. Dia tu memang penipu. Dia memang mengganggu rumahtangga saya dan saya ada bukti yang kukuh.
Dia mengganggu rumahtangga saya sebelum terjadi pergaduhan antara saya dan suami. Saya benarkan perbualan ini dirakam dan disiarkan di Melodi. Dalam masa terdekat ini saya tak nak buat sidang media pun sebab saya dalam proses mahkamah.
Post a Comment